KUALA LUMPUR: Orang ramai boleh menggantikan kad pengenalan sedia ada dengan MyKad generasi baharu mulai hari ini di semua cawangan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) seluruh negara.

Menurut JPN, pemohon di 40 cawangan terpilih yang mempunyai kemudahan cetakan boleh menerima kad pada hari sama.

Ini termasuk cawangan JPN dan Pusat Transformasi Bandar (UTC) terpilih.

Bagi cawangan tanpa kemudahan itu, MyKad baharu akan siap dalam tempoh lima hari bekerja.

Selain itu, fungsi Touch 'n Go tidak lagi tersedia pada MyKad baharu.

Pengguna juga boleh menggunakan aplikasi Touch 'n Go eWallet atau kad berasingan untuk perkhidmatan tersebut.

Penggantian EN: penggantian Proses menukar sesuatu yang sedia ada dengan yang baharu. Akar kata: ganti BM: replacement MyKad tidak menjejaskan baki atau kelayakan EN: kelayakan Syarat atau taraf yang membolehkan seseorang menerima sesuatu bantuan atau memegang sesuatu jawatan. Akar kata: layak BM: eligibility Sumbangan Asas Rahmah (SARA).

Semakan masih boleh dibuat melalui portal SARA atau saluran rasmi MyKasih.

Nombor kad pengenalan dan maklumat peribadi kekal sama.

MyKad baharu juga boleh terus digunakan untuk urusan kerajaan serta bantuan dan subsidi, tertakluk pada syarat agensi berkaitan.

Penyesuaian bagi urusan perbankan dan perkhidmatan lain akan dibuat secara berperingkat EN: berperingkat Dilakukan sedikit demi sedikit mengikut tahap, bukan serentak. Akar kata: peringkat BM: in stages / phased .

Bayaran penggantian pula mengikut kategori permohonan dan kadar JPN.

Orang ramai tidak perlu ke JPN semata-mata untuk menukar kad. Penggantian boleh dibuat mengikut prosedur biasa.